Pages

Saturday, 26 October 2013

mara lasak ..

assalamualaikum semua ..!!

alhamdulillah hari ni musyaz nak kongsi sikit tentang aktiviti2 yang musyaz ngan kawan2 suksis yang lain..

tepat 7.45 pagi kami berkumpul di dataran pkp untuk menjalankan aktiviti suksis..

tertanya-tanya juga,, apalah jurulatih (JL) nak bagi ni kan.. yelah sebab nama aktiviti hari ni mara lasak..

masuk 3 tahun kat suksis ni tak pernah2 pun buat mara lasak. setahu kat kem PGA je (pasukan gerakan am) *special police untuk bertugas kat hutan*

ok2..kami ikut je lah kan.. then, JL kami pun bahagikan kumpulan .. campurlah dengan skuad junior jugak..huhu..senior skuad 6 ni kena buli je lahhh.. sebab total tak ramai kan..~~

musyaz ngan adilah masuk kumpulan 1 ..huhu makna nya kami lah yang bergerak dulu kan..?

tapi sebelum tu JL nak bagi kami 3 beban..*yang berisikan pasir yang beratnya hampir 7kg.* fuh!! berat kot dan berlari dalam 7km jauhnya..

huhu risau la kan, sebab dah lama sangat tak buat aktiviti lasak macam ni..conform 10kg hilang..syukur lah kan..:) *ye2 jee~~

kami terus diberi arahan untuk ikut sarjan asmawi,


maka bermula lah misi yang seram ni..pergh..!! alhamdulillah memang berat sangat2 beg tu.. mana tak nya kan..

berjalan dan berlari je lah yang mampu..

pkp-dkp-fkp-fem-FST??? -naik bukit yang ada tangki uh..-kk1-ppki-jaga (minum air) hihi - back to pkp balik

fuh!! serius bahu sakit,badan sakit2,kaki jangan cakap la..~~


yang penting memang mantap sangat2..::

syukur sebenarnya dapat berkenalan dengan adik2 skuad lain..tu je..~~

memang bertambah mesra dan erat hubungan junior-senior ni.. semoga kita terus ukhwah ye adik2?!

insyaallah..

balik dari latihan, makan, solat dan bummm!! (tidur sampai puas)

habis dah!!!! perkongsian hari ini..

yang pasti lepas ni.. kena rajin buat latihan..(pengajaran)

*suksis stand for sukarelawan siswasiswi polis*

*SIMPLE IS LIFE*

Friday, 25 October 2013

penyelamat dan peneman di kubur *al-mulk*

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah masih diberi peluang nikmat iman dan nikmat islam..

syukur rasanya.. alhamdulillah..:

nabi muhammad s.a.w bersabda ' sesungguhnya bacaan almulk itu 

memelihara dan menghindarkan pembacanya dari seksa kubur '

masyaallah siapa kah dikalangan kita yang tidak mahukan nikmat2 

ini.. bukankah ini salah satu nikmat yang sangat luas buat kita

sang hamba yang punya dosa lagi hina?
apalah salahnya surah ini dialunkan dan dibaca oleh kita sebelum menutup mata untuk 'mati'

seketika ini..:::

insyaallah ALLAH maha mengetahui.. jika kita 'malas' untuk membaca..

guna lah handphone,android mahal , mp3 beratus2 harga tu untuk simpan 

satu surah ini.. dan alunkan sebelum tidur dan amalkan..

ALLAH sungguh besar nikmat ini..

insyaallah 

semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita semua

"ya ALLAH Kau maha pengampun lagi maha penerima taubat..

ampunkan dosa2 kami..zuriat keturunan kami, saudara seislam kami di dunia ini..

kurniakan syafaat nabiMu kepada kami..sungguh Kau maha pengampun ya ALLAH''

amin ya allah..


SELAMAT MEMBACA SURAH ALMULK
DAN SELAMAT REHAT YA ?


*SIMPLE IS LIFE*

Thursday, 24 October 2013

cita-cita dan kenangan :)

assalamualaikum..

salam jumaat , semoga ALLAH memberkati hari2 kita dengan rahmat dan kasih sayang jua keampunan dariNya.

syukur alhamdulillah berkat sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak.. minat untuk menulis kembali berkobar2..

insyaallah walaupun bukan cita2 ku penulis ataupun ahli sastera.. but part of my life is about sastera sometimes..

dulu2 masa sekolah..(masa kecik2 aku ada pernah join satu pertandingan bercerita..)
huhu ingat lagi..masa tu pra sekolah kot kat palong 7 ( sekarang dah jadi perpustakaan desa dah)

aku bagitahu ibu yang aku ada latihan bercerita.. aku ingat lagi tajuk cerita tu " sang kura-kura dan sang arnab) mostly dari kita mesti tahu kan isi cerita ni? huhu

#bongkak dan angkuh menyebabkan si arnab kalah (moral of the story)

ok then, ayah pun hantar lah aku g pra..

ayah terkejut rupa-rupanya pertandingan.. dan alhamdulillah walaupun aku takde prepareration waktu tuh..tapi kira hebatnya sebab hafal tajuk ceritanya dan isi2 nya sekali..

   

teror tak teror lahkan.. aku dapat no2 .. alhamdulillah umur masa tu 5 tahun.. tapi bakat dah mula terserlah..
alhmadulillah kurniaanNya..

belum cerita pasal sekolah rendah.. wakil sekolah kesana kemari..huhu syukur.. banyak sgt sijil dan piala..

masuk sekolah menengah.. aku cuba asah bakat yang tersimpan dalam bidang sajak pulak..

huhu form 1 dah start..mula2 try je lah .. masa tu ada saringan kat maktabah..
akhirnya aku dipilih..

wakil sekolah,wakil daerah,wakil negeri? (tak sampai sebab sekolah agama kan..)
semuanya Johan.. syukur..

walau dah masuk universiti pun..masih lagi minat tapi slow sikit lah.. bukan apa.. takut tak terbawa aktiviti2 polis je nanti..
 kalau takat buat persembahan depan dato' komandan boleh laa..huhu

syukur sangat walaupun kadang2 aku sedar yang aku ni takdelah hebat mana.. tapi kan setiap hamba ALLAH ni diciptakn dengan keunikan masing2..

sedar dalam pelajaran aku sedikit jauh walau di universiti.tapi tak beerti aku kalah..aku gagal hari ni tak bermakna akan gagal buat selama2nya..insyaallah..

sampai sini je ye perkongsian kita..

salam jumaat..:)

jangan lupa BACA SURAH AL-KAHFI ye? 

TAARUF :)

Assalamualaikum..

apa khabar sahabat-sahabat semua? alhamdulillah syukur masih bernafas untuk menikmati kehidupan hari ni..

blog ini dibina hanya bertujuan peribadi.. semoga perkongsian yang sangat bermakna disini akan membibitkan kasih dan sayang antara kita semua sang blogger mahupun pencinta website atau 'kaki online' hehe


sebelum kita bina perjalanan yang panjang. moleklah rasanya saya perkenalkan diri ..

alhamdulillah dilahirkan pada 7 oktober 1992 di hospital daerah kuala pilah..

puteri sulung kepada bonda dan ayahanda yang tercinta Puan Mislinah binti Misrok dan Encik Isahak Bin samah  ( alfatihah untuk ayahanda yang telah kembali ke pangkuan ilahi pada may 2010)
mempunyai adik2 yang cantik dan comel dan juga solehah..
*musyirah dan musyafiqah


kami dilahirkan watak dan perwatakan yang berbeza..masing-masing punya ciri-ciri yang berbeza. special born :)

alhamdulillah kini saya menuntut di USIM , nilai..

dalam pengajian sarjana muda pentadbiran dan hubungan korporat (corporated women to be insyaallah)

simple is life and life is simple diambil dan diinspirasikan dari kehidupan saya yang boleh dikatakan yang mudah walaupun kekadang terasa la payah nya =_='
owh namanya kan Life (kehidupan) jadi tidak hairanlah..
insyaallah akan terus melalui kehidupan yang telah diatur oleh ALLAH ..

dikurniakan juga minat yang sangat mendalam dalam bidang kepolisan..

cita-cita bukanlah seorang polis, akan tetapi minat dan suka akan aktiviti lasak . alhamdulillah insyaallah will be inspektor sukarelawan kelak..

(huhu untuk kali pertamanya tak nak lah nampak entry ni beratkan) make it simple yeah?



for the first entry saya ingin ucapkan jazakallah bg mereka yang sudi membaca :)


assalamualaikum...::